Dunia hanya beberapa ketika, jadikan ia dalam ketaatan : الدنيا ساعة ، اجعلها طاعة

Monday, October 19, 2009

Sampaikan Salamku pada Rasulullah SAW...!


Lambaian Haji…

Peluang mengjejakkan kaki di dua tanah haram adalah suatu pengalaman yang sangat mengujakan. Kali pertama memandang Kaabah, pastinya akan menitiskan airmata syukur.. Setelah sekian lama bersolat menghadap arah kiblat, peluang melihat sendiri kaabah dengan mata lendir pastinya cukup mengharukan..

Haji merupakan perhimpunan tahunan terbesar umat Islam sedunia tanpa sempadan benua, bangsa, suku, dan keturunan. Di sini tiada beza antara kaya, miskin, cacat, pemimpin mahupun rakyat marhaen. Hanya kain putih yang membaluti tubuh. Semuanya bernaung di bawah payung Islam. 1 Aqidah, 1 Ummah…

Ibadah umrah, tawaf, sa’ie, , minum air zam-zam, beri’tikaf, mengucup hajarul aswad, berwukuf di Arafah, bermalam di muzdalifah serta Mina, korban, melontar di Jamrah, bertahallul dan pelbagai warna-warni ibadah haji menimbulkan kesan mendalam terhadap jiwa-jiwa yang ingin kembali kepada Tuhannya.

Keajaiban telaga zam-zam yang tidak pernah kontang dan setia menyalurkan air yang berkhasiat kepada jutaan tetamu Allah sangat menakjubkan bagi orang yang mempunyai mata hati. Tidak cukup dengan itu, dijadikan bekalan untuk dibawa pulang ke tanahair para jemaah haji. Sempat pula kaum keluarga yang jauh beribu-ribu batu untuk meneguknya. Ia hanya sebuah telaga kecil..!!

Menyusuri jejak-jejak kaki para Anbiya’ di bumi yang sangat barokah meninggalkan suatu kenangan yang menggamit hati untuk kembali bertandang. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mengunjunginya, pasti bercita-cita untuk datang lagi untuk ke sekian kalinya.Kalau tidak kerana kekangan wang dan kemampuan yang terbatas, mahu saja terbang ke sana bila-bila masa.

Tempat-tempat bersejarah seperti di Kota Mekah seperti rumah kelahiran Nabi SAW, Gua Hira’ ; tempat Nabi SAW menerima awal wahyu, Gua Thur ; tempat persembunyian Nabi SAW daripada musuh dan seribu satu bekas dan peninggalan Nabawi yang tidak ternilai.

Begitu juga dengan Bumi Madinah yang dikenali juga sebagai ‘Thoybah’ adalah bumi yang bersemadinya jasad manusia yang paling agung, Nabi Muhammad SAW beserta para keluarga dan sahabat-sahabatnya..Udaranya yang segar dan cuacanya yang baik memang tidak puas berada di sana....

Pasar-pasar di Madinah sentiasa mengjanjikan keuntungan buat para peniaga. Perniagaan yang menjadi sumber ekonomi bangsa manusia sangat rancak di sini. Dapatlah para tetamu Allah mendapatkan pelbagai keperluan dan barangan.

Jangan lupa menyalami dan mengunjungi permakaman para syuhada’ dan mengjejakkan kaki di medan-medan jihad mereka cukup mengkagumkan dan melahirkan rasa kasih tidak terhingga…Tanpa mereka, siapalah kita…

Sampaikan salamku kepada Rasulullah SAW…!

2 comments:

  1. "Semuanya bernaung di bawah payung Islam. 1 Aqidah, 1 Ummah." bukan 1 Malaysia. huhu.

    Err, wafee antara orang yg paling awal siap sijil asliah. Ambe x buat sutir pun lagi. Malasnya...

    Insya Allah, wafee akan buat haji tahun ni.. tu dia bersungguh siapkan sijil cepat2 tu... dia akan gi haji dengan kawan-kawan Indonesia dengarnya... doakan semoga semua berjalan lancar

    -hambahina
    -Ardhul Kinanah 1430 H

    ReplyDelete
  2. deme nak gi haji gak ke..tahun ni..?
    mabruk la..sampaikan salam hamba yg dhoif ni ye pada manusia teragung..

    biabi wa ummi ya Rasulallah..
    Fidaka ya Rasulallah..

    ReplyDelete