Sunday, October 25, 2009
Syeikh Toha Rayyan Menginfaqkan Harta yg Paling Disayanginya...
Allah Taala berfirman dalam Surah ali-Imran :
92. kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Ulama tafsir pastinya mempunyai tafsiran yang jelas berhubung ayat ini. Bagi Syeikh Dr Ali Toha Rayyan pula, dalam mengtahqiqkan ayat ini, beliau menginfaqkan diri dan masanya untuk ilmu. Kerana bagi beliau, masa adalah antara harta yang paling disayangi dalam kehidupannya. Masa adalah kehidupan. Maka, beliau telah mengorbankan masanya dan kehidupannya untuk ilmu. Selain menyampaikan kuliah, beliau sanggup menghabiskan masa yang panjang menjawab solan-soalan pemanggil di telefon. Bukan itu sahaja, di samping menulis buku dan makalah, beliau juga sering ke udara dalam sesi soal-jawab di radio dan televisyen. Ia adalah infaq yang sangat besar nilainya dan tidak terbayar dengan wang ringgit dan emas permata.
Siapa yang tidak kenal beliau yang merupakan pengsyarah utama di Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar dan pernah mengajar di beberapa universiti di Tanah Arab. Beliau juga pensyarah kehormat di Universiti Amerika Terbuka, Kaherah
‘Faqih Maliki’ yang warak, beramal dengan ilmunya,dan bersama dengan perjuangan massa. Dalam usia yang begitu lanjut, gangguan kesihatan dan mempunyai keupayaan yang terbatas, beliau bukan sahaja tidak duduk diam dalam agenda ilmiahnya, bahkan, masih sanggup bermusafir semata-mata untuk mengcurahkan ilmu di dadanya walaupunterpaksa terbang ke luar negara. Beliau pernah beberapa tahun di negara Teluk dalam menyiapkan Ensiklopedia Fiqh Mazhab Maliki. Terbang ke Yaman berbulan-bulan untuk memenuhi undangan menyampaikan kuliah.
Sebahagian besar kehidupan beliau diliputi majlis ilmu dengan suasana yang penuh sopan. Di mana-mana sahaja, beliau dikerumuni oleh para penuntut ilmu yang mengekorinya sehinggalah beliau naik kenderaan, barulah khalayak ramai bersurai. Menyedari usianya yang sudah lanjut, muridnya-muridnya memang tidak melepaskan peluang untuk memburu mutiara-mutiara ilmu dan meleraikan kemusykilan agama.
Pengajaran kitab Muwattho’, kitab hadis yang menjadi rujukan utama dalam Fiqh, terutamanya Fiqh Maliki hingga memakan masa hampir 8 tahun salah satu contoh sifat istiqamah beliau. Sedangkan, Istiqamah itu lebih hebat daripada seribu keramat, kata ahli hikmah.
Pertama kali dapat berhadapan dalam pertemuan empat mata dengan beliau benar-benar beerti buat diri yang dhoif ini. Rangka tesis yang telah diluluskan oleh pihak Senat Universiti aku serahkan pada tuan Syeikh untuk diteliti buat kali pertama di atas sifatnya, sebagai musyrif utama. Helaian-helaian kertas yang begitu ‘mutawadhi’ah’ bagiku beberapa kali terlerai dari pegangan tanggannya…Syeikh tertidur rupanya..Kesian sungguh…Namun, beliau tetap menggagahi dirinya untuk membelek-beleknya..Lebih daripada sepuluh kali kepalanya tersengguk-sengguk mengikut bilanganku…
Aku menunggu penuh debar bercampur keharuan. Maklumlah, seorang yang begitu hebat keilmuan dan kewarakannya pada pandangan mataku. Usianya yang begitu lanjut dengan keupayaan tubuh yang lemah tetap dikorbankan juga demi amanah ilmu..
Jiwaku berbisik :
“ Entah dibaca ataupun tidak khittah bahasku ni..” Kerana apa yang aku perhatikan beliau hanya membelek-belek berselang-seli dengan lentok kepalanya yang menggambarkan keletihannya yang amat sangat. Memerhatikan dari atas ke bawah, dengan kaca mata tebal serta jubah labuh Syeikh Al-Azhar dan sebatang tubuh yang kini dimamah usia melahirkan rasa cinta dan sayangku pada seorang alim rabbani.
Tiba-tiba tuan syeikh bersuara :
“ Mengapa di muka depan, kamu tulis ratusan ribu dan di dalam pula tertulis puluhan ribu.” Merujuk kepada dua perbezaan angka yang tercatat dalam rangka tesisku yang bertajuk, Hukuman Jenayah Murtad dan Pelaksanaan Kontemporarinya di Malaysia ; Kajian Feqah Perbandingan..
Aku tersentak.. Kesilapan itu sebenarnya sengaja aku biarkan kerana malas membaikinya. Lagipun, sepatah dua perkataan di antara helaian-helaian mukasurat, takkan syeikh akan mengesannya.. Lagipun ia bukan poin utama, hanya sekadar maklumat tambahan..Tapi, telahanku silap.
Rupanya hanya jasadnya yang letih dan tidur. Namun, pandangan matahati dan akalnya tidak pernah tumpul..Ketajaman mindanya mampu mengesan kesalahan kecil yang biasanya orang yang masih cergas dan bermata terang pun boleh terlepas pandang.. Tidak perlulah ditanya berkenaan ilmu dan hafalannya. Sangat tinggi firasatnya dan dalam telahannya.
Semoga Allah merahmati Tuan Syeikh dan memberkati penghujung kehidupannya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masya Allah... Alhamdulillah baru ni sempat menghantar syeikh hampir ke rumahnya dengan menaiki kereta. Beliau x mahu kami menghantarnya ke rumahnya terus. Bermacam-macam alasan kami berikan, sehingga menyebabkan beliau menggaru kepala mencari alasan untuk menolak pula alasan kami.
ReplyDeleteAkhirnya kami akur. Beliau minta berhenti di tepi jalan dan beliau mahu kami pulang. Kami tunggu sehingga sebuah kereta berhenti memberi tumpang kepada Syeikh. Berbual selama lebih kurang 1/2 jam bersama Syeikh memang menggembirakan.
Kami bertanya sudah berapa lama Syeikh mengajar di Al-Azhar? Katanya ketika ibu bapa kamu belum berkahwin lagi. Beliau telah mengajar selama 40 tahun. Kami bertanya berapa umur Syeikh sekarang. Jawabnya, 71 tahun. Masih lagi terus berkhidmat untuk para penuntut ilmu di Al-Azhar. Jarak dari rumahnya ke Al-Azhar bukannya dekat. Beliau sentiasa berulang alik ke Al-Azhar 4 kali seminggu, dengan keadaan lalu lintas yg selalu sesak. Begitulah kesabaran Syeikh yg amat memalukan alfaqir.
afwan, macam blog ambe plk...
Rebutlah peluang bersama2 dengannya dan org alim rabbani yg lain..
ReplyDeletepayah nak jumpe kat M'sia doh..
Manusia yang berjiwa Musa as..
Benarlah kata Syeikh Nuruddin..
Carilah mutiara-mutiara ilmu di sebalik debu-debu yg berterbangan di Kaherah..
takpe2..bereh2