Dunia hanya beberapa ketika, jadikan ia dalam ketaatan : الدنيا ساعة ، اجعلها طاعة

Saturday, September 5, 2009

Berpuasa di London, Berbuka di Kuala Terengganu



Kelmarin aku ke bandar Kuala Terengganu. Dari Hock Kee Seng, ke Astaka, Kamdar, Arena dan kedai-kedai yang berhampiran. Hajatnya nak mencari sedikit persiapan raya. Keluar dari Arena Sports, ku lihat beberapa orang kelihatan 'semacam' jer keluar masuk sebuah restoren berhampiran. Nampak gayanya macam restoren milik taukew Cina. Tapi, beberapa pekedainya berbangsa Melayu. Beberapa pengunjung sedang memesan makanan, manakala sebahagiannya sedang asyik menjamu selera. Bila ku perhatikan, rata-rata pengunjungnya berkulit sawo matang, bertudung dan sama bangsa denganku. Astaghfirullah al-Azim. Tak pose rupanya. Mereka tanpa segan-silu makan-minum di tengah siang-siang Ramadhan.
Berat benar akibatnya perbuatan mereka meninggalkan puasa…Apa nak jadi dengan Melayu Islam macam ni..?
Hari ni pula aku terbaca satu artikel yang menarik dalam akhbar KOSMO..
Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa
BAGI meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Datuk Bandar London, Boris Johnson menggalakkan orang ramai bukan beragama itu turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.
Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.
Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.
"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.
"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi

No comments:

Post a Comment