Dunia hanya beberapa ketika, jadikan ia dalam ketaatan : الدنيا ساعة ، اجعلها طاعة

Sunday, October 11, 2009

Ulama Mesti Berhikmah...Tak Cukup Ilmu Saja..

Parti pemerintah akan menggunakan apa sahaja untuk menang, rasuah, ugut dan paling licik menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat terutama yang buta fikiran.

Suatu masa dahulu, majlis perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008, Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi diundang untuk mempromosikan Islam hadhari.

Allah Maha Besar dan Bijaksana dan memastikan setiap perkara yang tidak baik untuk agamaNya pastikan akan di'nyah'kan sebagi suatu iktibar.




Tidak hairanlah kalau isu 'niqab' boleh 'meledak' ke seluruh dunia. Meminjam ungkapan satu komentar dalam web jabhah ulama Al-azhar : Jangan marahkan Amerika, Jerman, Perancis atau Kuasa2 Barat kalau mereka menghina hijab muslimah kalau ulama' Islam sendiri yang mengcetuskan keraguan berkenaan isu tersebut.

Saturday, October 10, 2009

Hukum Pondan & Tukar jantina..??




Soalan : Apakah hukum lelaki yang menukar jantina dan mengubah rupanya seperti perempuan.? Bagaimanakah pula hukum berurusan dengannya..?

Jawapan : Lelaki yang menukar jantina ada dua jenis :

1- Orang yang Allah ciptakan di dalam tubuhnya organ-organ kewanitaan seperti anggota untuk melahirkan ( seperti rahim ) , maka diharuskan untuk menukar jantina kepada perempuan. Maka kita akan bermu’amalah ( berurusan ) dengannya sebagai seorang wanita.

2- Lelaki yang cuba menyerupai perempuan ( pondan ). Maka, tidak harus baginya untuk menukar jantina. Dan kita tetap akan berurusan dengannya sebagai seorang lelaki.

Jawapan oleh :
Syeikh ‘Imaduddin Ahmad ‘Affat-Ahli Lembaga Fatwa , Darul Ifta’, Kaherah, Mesir.

Tuesday, October 6, 2009

Apa Selepas Ramadhan...??



~ Maza Ba’da Ramadhan…?? ~
.:: Apa Selepas Ramadhan…?? ::.

Sebahagian salafussoleh berdoa enam bulan sebelum Ramadhan agar sempat hidup ketika ketibaannya. Mereka juga berdoa enam bulan selepas Ramadhan agar segala amalan-amalan di dalamnya diterima Allah.

Selepas kita mengecapi kemanisan aneka warna-warni ibadah dalam ‘Hidangan Ramadhan’ …
Bagaikan satu hidangan yang pelbagai menu ; lauk-pauk, pembasuh mulut, , minuman, manisan ..
^Puasa ^ Dhuha ^ Terawih ^ Qiam ^ witir ^ Al-Quran ^ I’tikaf ^ Zakat ^ Sedekah ^ Doa ^ Munajat ^


Cuba kita muhasabah..
Amalan mana yang masih lekat.. Kalau boleh, walaupun sedikit, ia tetap berterusan selepas Ramadhan… agar puasa kita ‘mabrur’..

Sesungguhnya Aisyah RHA meriwayatkan bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :“ Sekasih-kasih amalan kepada Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.” Riwayat Bukhori dan Muslim.

Amalan yang sedikit, tetapi berterusan lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Di antara amalan-amalan tersebut ;

1- PUASA SUNAT:

1-Puasa Hari-hari Putih :Daripada Ibnu Abbas ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“ Berpuasa di bulan kesabaran ( Ramadhan) dan juga tiga hari ( hari2 putih ; 13,14,15) pada setiap bulan dapat menghilangkan hasad dengki.” Puasa di hari-hari tersebut dapat menyembuhkan penyakit hati.

2-Puasa Isnin dan Khamis :
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “ Dihadapkan amalan-amalan ( kepada Allah ) pada hari Isnin dan Khamis, maka sesungguhnya aku suka untuk dihadapkan amalanku, sedangkan aku berpuasa.”

3- Puasa sunat di bulan Muharram :
Sabda Rasulullah SAW : “ Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan adalan puasa di bulan Allah Muharram.”- Riwayat Muslim.

4- Puasa hari ke – 10 Muharram (Hari ‘Asyura’) :
Sabda Nabi SAW :“ Barangsiapa yang berpuasa ‘Asyura’ , maka diampunkan dosanya setahun.”- Riwayat Thabrani.

5- Puasa hari ‘Arafah :
Sabda Nabi SAW : “ Puasa di hari ‘Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa setahun yang akan datang dan dosa-dosa setahun yang lepas.”- Riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmizi.

6- Puasa di bulan-bulan Haram dan hari-hari disepanjang tahun yang harus padanya berpuasa.

6- QIAMULLAIL :
Dalam satu Hadis shahih bahawasanya Saidatina ‘Aisyah rha berkata :
“Jangan kamu tinggalkan qiamullail, maka sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya, apabila Baginda SAW sakit atau lemah, Baginda SAW solat dalam keadaan duduk.”

Dalam satu Hadis Hasan daripada Iyas bin Mu’awiyah Al-Muzani ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :“ Tidak dapat tidak daripada bersolat malam walaupun dalam tempoh perahan susu kambing.”

7- WITIR :
“ Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa) , suka kepada bilangan yang ganjil, maka berwitirlah wahai Ahlil Quran.” – riwayat Tirmizi- Hadis Hasan.

Daripada Buraidah ra berkata : “Aku mendengar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, :
“ Witir itu benar, sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah di kalangan kami.” Yakni ; bukan di atas bimbingan dan petunjuk kami.Sekurang-kurangnya berwitir sebanyak 3 rakaat. Paling minima, satu rakaat.

8- SEDEKAH :
Daripada ‘Aisyah rha berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“ wahai ‘Aisyah..tebuslah daripada neraka walaupun sebahagian buah kurma.”- riwayat Ahmad- Hadis Hasan.

Seorang salaf, Abu al-Khair Al-Mursid rhm tidak pernah berlalu satu hari melainkan dia akan bersedekah dengan sesuatu walaupun sepotong kuih atau sebiji bawang.

9- MEMBACA AL-QURAN :
Daripada Ibnu Mas’ud ra berkata , bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
“ Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu kebaikan, manakala satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kebajikan.”- Riwayat Tirmizi- Hadis Hasan Shohih.

Sabda Nabi SAW :“ Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat ( Al-Quran ) nescaya dia tidak akan dimasukkan dikalangan orang yang lalai.”- Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban.

Para salafussoleh ada yang mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 2 bulan, sebulan, 10 hari. Kebanyakan mereka mengkhatamkannya dalam masa seminggu. Paling kurang bagi seorang Muslim ialah mesti mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam masa setahun.

10- BERDO’A & MUNAJAT:
Imam Bukhori dan Imam Muslim rhm meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya Allah berfirman : Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila dia menyeruku ( berdoa).”

11- UMRAH & TAWAF :
Sebahagian orang yang berkemampuan biasa menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tidak harus terhenti menunaikannya selepas Ramadhan. Imam Bukhori dan Imam Muslim rhm meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“…Umrah hingga umrah yang lain merupakan kaffarah ( penghapus dosa) di antara tempoh masa kedua-duanya.”

Daripada Ibnu Umar rhma berkata bahawasanya : “ Aku mendengar bahawasaanya Rasulullah SAW pernah bersabda :“ barangsiapa yang tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan, tidaklah dia mengangkat kakinya dan mengjatuhkannya melainkan Allah menetapkan baginya satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan, dan ditingkatkan satu darjat…”- Riwayat Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah.

12- I’TIKAF & ‘IMARAH MASJID :
Ia merupakan ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Duduk di dalam masjid walaupun sedetik kerana taat kepada Allah dikira I’tikaf dengan niat. Tidak mesti seseorang itu berpuasa untuk mendapat pahala I’tikaf di dalam masjid.

Menjadi kewajipan Muslim untuk menghidupkan masjid di sepanjang tahun dan bukannya di bulan Ramadhan sahaja sebagaimana fenomena yang berlaku pada hari ini , bila tiba saja Aidil Fitri, ‘Rumah-rumah terbuka, dan masjid-masjid tertutup’.

Monday, October 5, 2009

Tsunami Indonesia...Ujian atau Bala..??

Minggu ini, di mana-mana sahaja, perbincangan tertumpu kepada ‘Kiamat Kecil’ yang berlaku di seputar Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia… Apakah rahsia di sebalik ‘amukan alam’ yang telah mengorbankan ribuan manusia tanpa membezakan kanak-kanak kecil, orang-orang tua dan orang-orang yang tidak berdosa…Kemusnahan tersebut memusnahkan kehidupan terutamanya di negara jiran kita, Indonesia.. Pelbagai pandangan dikeluarkan berkenaan sebab-musabab yang berlaku beserta alasan dan hujah untuk menyokong pendapat masing-masing..

1- Ada yang mengatakan ia adalah bala akibat maksiat dan kejahatan begitu berleluasa di sana. Murtad dan kesyirikan , kahwin campur antara agama, hiburan melampau, dan kebejatan gejala sosial sangat berleluasa di sana.
2- Pembalasan Tuhan akibat pembunuhan Nordin Mat Top, tokoh JI di Asia Tenggara.
3- Bala Allah akibat keangkuhan pemerintah Indonesia melanggar nasihat MUI supaya tidak membenarkan pelakon lucah Jepun ‘Miyabi’ datang ke Indonesia bagi menjalani pengambaran di Indonesia.
4- Balasan Allah terhadap polemik yang tidak wajar, seperti pertelingkahan mengenai lagu Terang Bulan dan tarian Pendet yang menonjolkan bahagian dada penarinya. Sungguh lucah. Pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai BENDERA melancarkan kempen Ganyang Malaysia dan mengancam membunuh rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Dipenegoro.


5- Satu ujian Allah kepada hamba-hambanya dan bukannya sebagai satu bala akibat dosa-dosa.
6- Bencana alam akibat pergerakan kerak bumi . Suatu fenomena alam yang tiada kaitan dengan pembalasan Tuhan.
7- Kesan pencemaran alam dan aktiviti-aktiviti yang merosakkan struktur bumi.
8- Mereka mendakwa gempa bumi terbaru yang melanda Sumatera adalah disebabkan oleh Presiden yang membawa 'kecelakaan', bukan kerana plat tektonik yang beralih. Susilo yang lebih dikenali dengan singkatan namanya, SBY sudah lama dibelenggu desas-desus bahawa beliau membawa nasib malang dan sering menimbulkan sindiran tajam bahawa SBY bermaksud 'Selalu Bencana Ya'.
9- Disebabkan tarikh lahir presiden Indonesia, SBY akan sentiasa menarik bencana ke negara ini, berdasarkan Primbon (takwim mistik Jawa)."Lihat nombor-nombor dalam tarikh lahirnya, 9 September, 1949, itu menandakan sial.”

Perbincangan ini mengingatkan saya kepada sindiran sinis yang diucapkan oleh guru saya, Syeikh ‘ImaduddinAhmad ‘Affat ketika berlaku bencana Tsunami pada Disember 2005. Ketika itu pelajar-pelajar sedang berada dalam majlis pengajian Feqah. Apabila pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan yang menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan dalam pengajian beliau menempelak ;
“ Boleh jadi dengan sebab kecuaian kamu dalam belajarlah, berlakunya Tsunami di Asia Tenggara ..”

Kiamat Kecil di Asia Tenggara


Minggu berdarah..

MANILA, Filipina 27 Sept : Para penyelamat hari ini menggali mayat-mayat yang tertimbus dalam banjir lumpur selain merangkak untuk menyelamatkan mangsa- mangsa yang terselamat yang berada di atas bumbung selepas ribut tropika Ketsana menghentam utara Filipina. Lebih 106 orang terbunuh atau hilang dalam banjir terburuk pernah berlaku di negara itu dalam tempoh lebih empat dekad.

Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman -30 Sept : Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.

PARIAMAN (SUMATERA BARAT): Kira-kira 30 kanak-kanak yang sedang mengaji al-Quran di sebuah masjid adalah antara lebih 200 orang yang terkorban akibat tanah runtuh yang melenyapkan Kampung Lubuk Laweh Tandikek di sini dalam gempa bumi, Rabu lalu.

MANILA 4 Okt. - Tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Parma telah meragut nyawa 13 orang mangsa di dua perkampungan di utara Filipina, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat taufan itu setakat ini meningkat kepada 17 orang.

BANGALORE 4 Okt. - Sekurang-kurangnya 207 orang terkorban, manakala beratus-ratus ribu lagi penduduk di selatan India terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka hanyut akibat banjir.

HANOI 4 Okt. - Jumlah kematian akibat bencana Taufan Ketsana di Vietnam meningkat kepada 162 orang hari ini, manakala 616 lagi cedera dan 13 lagi dilaporkan hilang.

Gegaran-gegaran, rebut taufan, hujan lebat dan banjir , juga turut dirasai di seluruh Malaysia.. Gelombang amukan alam ini masih belum reda..dan bakal datang lagi mengikut para pengkaji dan ramalan cuaca..

Sunday, October 4, 2009

"Engkau Bercakap Berkenaan Ilmu dan Kemudian Ketawa…??"

Bahana Ketawa melampau..(2)


Imam Abu Hanifah berkata :
“Aku pernah ketawa sekali dan sangat menyesal atas kejadian itu (ketawa), iaitu ketika aku berdebat dengan Amr bin Ubaid Al-Qadari ( penganut Qadariah) yang tidak percaya kepada takdir Allah yang sudah selesai. Ketika saya merasa akan menang, saya ketawa.

Maka Amr berkata ;
“ Engkau bercakap mengenai ilmu dan ketawa, maka saya tidak akan berhujah denganmu selama-lamanya.”

Abu Hanifah ra kemudiannya menyesal dan berkata :
“ Sekiranya saya tidak tertawa, pastinya saya dapat mengalahkannya daripada berpegang dengan fahaman yang dibawanya, sehingga menjadi suatu kebaikan bagi ilmu.”

Ibnu Abbas ra berkata :
“ Sesiapa yang tertawa ketika berbuat dosa, ia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Saturday, October 3, 2009

Sudahkah Kau Lalui Titian Shirath..?



Bahana Ketawa Melampau...

Penghulu para Tabi’en, Imam Hassan al-Bashri R.A. bertemu dengan seorang pemuda yang sedang ketawa berdekah-dekah, lalu ditanya :“ Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang shirath (titian di Akhirat)?”

Jawabnya : “ Belum.”

Soalnya lagi : “Apakah sudah pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?”

Jawabnya: “ Tidak.”

Lalu katanya : “ Mengapa engkau tertawa sedemikian.”

Sejak itu, pemuda berkenaan tidak ketawa kuat lagi. Nasihat ulama tersebut meresap ke sanubari pemuda berkenaan.